LATAR BELAKANG
Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC)
TENTANG ICRC
Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil. 5/2020 yang bersidang pada 8 Mac 2020 melalui penggabungan Pejabat Hubungan Universiti dan Industri (PHUI) dengan Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat (PHUM).Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) adalah sebuah pusat tanggungjawab yang menyelaras hubungan kerjasama bersama industri dan masyarakat menerusi program-program strategik dan berimpak tinggi termasuk usaha-usaha mengenal pasti isu-isu dan menggerakkan sumber-sumber dan strategi yang relevan dalam memajukan industri dan masyarakat ke arah perubahan.Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat diletakkan dibawah pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).Jabatan yang terdapat di Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat adalah seperti berikut:
1) Jabatan Jaringan Industri dan Kerjasama Universiti
i. Pengurusan MoA/MoU
ii. Hubungan Industri
iii. CEO@Faculty Program
2) Jabatan Jaringan Masyarakat dan Pemindahan Ilmu
i. Hubungan Masyarakat
ii. Pemindahan Ilmu
Pentadbiran Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat diterajui oleh seorang Pengarah dan 2 orang Timbalan Pengarah sementara Jabatan diketuai oleh dua orang Ketua Jabatan yang disokong oleh Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi).
VISI
'' Menjadikan Pusat yang unggul dalam hubungan industri dan masyarakat yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, dengan mencapai kerjasama strategik bersama peneraju industri global menjelang tahun 2030. ''
MISI
'' Memperkukuhkan hubungan strategik universiti dengan industri dan komuniti melalui kerjasama penyelidikan yang inovatif, dan inisiatif pembangunan sosioekonomi Masyarakat berteraskan model Quintuple Helix. ''
OBJEKTIF
➤ Mengukuhkan jaringan kerjasama strategik antara universiti, industri, dan komuniti.
➤ Menyokong pemindahan ilmu dan kepakaran universiti kepada masyarakat dan pihak industri.
➤ Meningkatkan peluang kolaborasi dalam penyelidikan, latihan, dan pembangunan sumber manusia.
➤ Memupuk inovasi sosial dan pembangunan lestari yang memberi manfaat kepada masyarakat.
➤ Menjadi penghubung utama dalam memperkukuh hubungan universiti dengan sektor awam dan swasta.
OBJEKTIF KUALITI
1) Memperluaskan Jaringan Masyarakat dan Pemindahan Ilmu:Melaksanakan sekurang-kurangnya 10 program pemindahan ilmu yang melibatkan kolaborasi dengan komuniti setempat dan sektor awam, dengan tujuan meningkatkan akses kepada pengetahuan dan teknologi terkini.
2) Meningkatkan Kerjasama Industri dan Universiti: Menjalin sekurang-kurangnya 15 kerjasama baharu dengan industri setiap tahun, termasuk projek penyelidikan bersama, program latihan, dan peluang pekerjaan untuk graduan, untuk memastikan relevansi akademik dan impak ekonomi kepada negara.
3) Membina Kapasiti dalam Inovasi Sosial dan Industri: Menubuhkan satu pusat kecemerlangan yang berfokus pada inovasi sosial dan penyelidikan industri, dengan sasaran menghasilkan sekurang-kurangnya tiga projek inovatif yang mempunyai impak langsung kepada masyarakat dan industri.