SEPTEMBER 2023
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) BERSAMA UNIVERSIDAD DE IXTLAHUACA CUI.
29 September 2023 | Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Universidad de Ixtlahuaca CUI.
Telah berlangsung Majlis Menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama Universidad de Ixtlahuaca CUI Mexico. Majlis dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Prof Ts. Dr. Azme Bin Khamis selaku wakil rasmi Naib Canselor, Dekan Fakulti Mekanikal Dan Pembuatan Prof. Ts Dr. Amir Bin Khalid, Ketua Jabatan Pusat Hubungan Industri Dan Masyarakat (ICRC), Raden Mohd Farhan Helmy Bin Raden Ismail, penyelidik utama Pusat Pendidikan Termaju (ACTIVE) Prof. Madya Dr. Kahirol Bin Mohd Salleh.Majlis tersebut turut disaksikan oleh En.Hardi Hamdim selaku wakil kerajaan Malaysia.
Pada hari tersebut juga Prof Ts. Dr. Azme Bin Khamis dijemput menyampaikan penganugerahan skrol kepada pelajar Sarjana Muda Perundangan pada Majlis Konvokesyen Universiti dan Demonstrasi masakan Malaysia di persembahkan kepada para tetamu.Antara kerjasama yang akan dijalankan ialah penyelidikan akademik, mobiliti pelajar, latihan industri, pertukaran pensyarah dan staf, pembelajaran bahasa dan budaya.