'' Menjadikan Pusat yang unggul dalam hubungan industri dan masyarakat yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, dengan mencapai kerjasama strategik bersama peneraju industri global menjelang tahun 2030. ''
MISI
'' Memperkukuhkan hubungan strategik universiti dengan industri dan komuniti melalui kerjasama penyelidikan yang inovatif, dan inisiatif pembangunan sosioekonomi Masyarakat berteraskan model Quintuple Helix. ''
OBJEKTIF
1) Memperluaskan Jaringan Masyarakat dan Pemindahan Ilmu:Melaksanakan sekurang-kurangnya 10 program pemindahan ilmu yang melibatkan kolaborasi dengan komuniti setempat dan sektor awam, dengan tujuan meningkatkan akses kepada pengetahuan dan teknologi terkini menjelang tahun 2025.
2) Meningkatkan Kerjasama Industri dan Universiti: Menjalin sekurang-kurangnya 15 kerjasama baharu dengan industri setiap tahun, termasuk projek penyelidikan bersama, program latihan, dan peluang pekerjaan untuk graduan, untuk memastikan relevansi akademik dan impak ekonomi kepada negara.
3) Membina Kapasiti dalam Inovasi Sosial dan Industri: Menubuhkan satu pusat kecemerlangan yang berfokus pada inovasi sosial dan penyelidikan industri menjelang tahun 2026, dengan sasaran menghasilkan sekurang-kurangnya tiga projek inovatif yang mempunyai impak langsung kepada masyarakat dan industri.