Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil. 5/2020 yang bersidang pada 8 Mac 2020 melalui penggabungan Pejabat Hubungan Universiti dan Industri (PHUI) dengan Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat (PHUM).
Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) adalah sebuah pusat tanggungjawab yang menyelaras hubungan kerjasama bersama industri dan masyarakat menerusi program-program strategik dan berimpak tinggi termasuk usaha-usaha mengenal pasti isu-isu dan menggerakkan sumber-sumber dan strategi yang relevan dalam memajukan industri dan masyarakat ke arah perubahan.
Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat diletakkan dibawah pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).
Jabatan yang terdapat di Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat adalah seperti berikut:
1) Jabatan Jaringan Industri dan Kerjasama Universiti
i. Pengurusan MoA/MoU
ii. Hubungan Industri
iii. CEO@Faculty Program
2) Jabatan Jaringan Masyarakat dan Pemindahan Ilmu
i. Hubungan Masyarakat
ii. Promosi
Pentadbiran Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat diterajui oleh seorang Pengarah dan 2 orang Timbalan Pengarah sementara Jabatan diketuai oleh dua orang Ketua Jabatan yang disokong oleh Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi).