Skip to main content

OGOS 2023

PERJUMPAAN ICRC BERSAMA KUMPULAN PRASARANA RAKYAT JOHOR SDN BHD (KPRJ).

21 Julai 2023 | Perjumpaan ICRC bersama Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ).
Telah berlangsung perjumpaan ICRC bersama Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd Di Iskandar Puteri. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh Dato' Lukman Bin Abu Bakar-Ketua Pegawai Eksekutif, En.Zainal Abidin Bin Zakaria- Ketua Pegawai Operasi, En. Khairudin Bin Hasan- Ketua Pegawai Kewangan.Wakil UTHM terdiri daripada Ir. Ts. Dr. Raha Binti Abd Rahman, Pengarah Pusat TRANSFORM DR. Zahrul Akmal Bin Damin Dan Ketua jabatan hubungan Industri dan kerjasama universiti En.Raden Mohd Farhan Helmy.Perbincangan yang dijalankan adalah bertujuan untuk merancang kursus pensijilan profesional dan laluan bagi menyambung pelajaran ke peringkat Pasca siswazah. Selain itu, perbincangan juga telah mengusulkan perlantikan Dato' Lukman Bin Abu Bakar sebagai Professor Industri (ICON) Industry CEO @University.

LAWATAN KERJASAMA PROGRAM PEMINDAHAN ILMU@PENJARA KLUANG.

1 Ogos 2023 | Lawatan Kerjasama Program Pemindahan Ilmu@Penjara Kluang
Telah berlangsung lawatan kerjasama ke Penjara Kluang bagi merancang beberapa aktiviti yang berkaitan dengan Program Pemindahan Ilmu (KTP).
Lawatan ini diketuai oleh Pusat Hubungan Industri & Masyarakat (ICRC) juga turut serta beberapa wakil dari pusat tanggungjawab (PTj) yang lain seperti FKAAB, FKEE, FTK, FSKTM, APEL & ISWAJ.
Diharapkan hubungan yang terjalin ini dapat memberi peluang kepada semua PTj di UTHM untuk terus memberi khidmat dan memberi manfaat kepada penghuni serta staf di Penjara Kluang melalui program-program yang akan dijalankan.