Skip to main content

SEPTEMBER 2023

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) BERSAMA UNIVERSIDAD DE IXTLAHUACA CUI.

29 September 2023 | Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Universidad de Ixtlahuaca CUI.
Telah berlangsung Majlis Menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama Universidad de Ixtlahuaca CUI Mexico. Majlis dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Prof Ts. Dr. Azme Bin Khamis selaku wakil rasmi Naib Canselor, Dekan Fakulti Mekanikal Dan Pembuatan Prof. Ts Dr. Amir Bin Khalid, Ketua Jabatan Pusat Hubungan Industri Dan Masyarakat (ICRC), Raden Mohd Farhan Helmy Bin Raden Ismail, penyelidik utama Pusat Pendidikan Termaju (ACTIVE) Prof. Madya Dr. Kahirol Bin Mohd Salleh.Majlis tersebut turut disaksikan oleh En.Hardi Hamdim selaku wakil kerajaan Malaysia.
Pada hari tersebut juga Prof Ts. Dr. Azme Bin Khamis dijemput menyampaikan penganugerahan skrol kepada pelajar Sarjana Muda Perundangan pada Majlis Konvokesyen Universiti dan Demonstrasi masakan Malaysia di persembahkan kepada para tetamu.Antara kerjasama yang akan dijalankan ialah penyelidikan akademik, mobiliti pelajar, latihan industri, pertukaran pensyarah dan staf, pembelajaran bahasa dan budaya.

BENGKEL PENGISIAN SISTEM IRIS (SOCIETY).

20 September 2023 | BENGKEL PENGISIAN SISTEM IRIS (SOCIETY).
Sedang berlangsung bengkel pengisian sistem IRIS di Makerspace PTTA UTHM

MAJLIS MENANDATANGANI LETTER OF INTENT (LOI) BERSAMA CEL COLEGIO DE MEXICO (COLMEX) DAN UNIVERSIDAD NACIONAL AUTÓNOMA DE MEXICO (UNAM).

27 September 2023 | Majlis Menandatangani Letter Of Intent (LOI) bersama Cel Colegio De Mexico (COLMEX) dan Universidad Nacional Autónoma De Mexico (UNAM).
Telah berlangsung Majlis Menandatangani Letter Of Intent (LOI) bersama Cel Colegio De Mexico (COLMEX) dan Universidad Nacional Autónoma De Mexico (UNAM). Majlis dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Prof Ts. Dr. Azme Bin Khamis, Dekan Fakulti Mekanikal Dan Pembuatan Prof. Ts Dr. Amir Bin Khalid, Ketua Jabatan Pusat Hubungan Industri Dan Masyarakat (ICRC), Raden Mohd Farhan Helmy Bin Raden Ismail, penyelidik utama Pusat Pendidikan Termaju (ACTIVE) Prof. Madya Dr. Kahirol Bin Mohd Salleh.Antara kerjasama yang akan dijalankan ialah penyelidikan akademik, mobiliti pelajar, latihan industri, pertukaran pensyarah dan staf, pembelajaran bahasa dan budaya.

MESYUARAT JAWATANKUASA TIMBALAN-TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT) UNIVERSITI AWAM (JK TTNC) BIL. 1/2023.

11 September 2023 | Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Awam (JK TTNC) Bil. 1/2023 bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Blok A, Bangunan Pentadbiran, UTHM Kampus Pagoh.
Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT hari ini hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Awam (JK TTNC) Bil. 1/2023 yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) USM.
Program anjuran ICRC dengan kerjasama JK TTNC turut dihadiri Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM dan ahli-ahli Mesyuarat JK TTNC di kalangan Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan Pengarah Jaringan Industri Universiti Awam.