Skip to main content

JUN 2023

BENGKEL MENULIS ARTIKEL JURNAL: DARI KAJIAN, SLR DAN KAJIAN TINDAKAN BERBANTU TEMPLAT DAN A.I.

25 Jun 2023 | BENGKEL MENULIS ARTIKEL JURNAL: DARI KAJIAN, SLR DAN KAJIAN TINDAKAN BERBANTU TEMPLAT DAN A.I.
Sedang berlangsung bengkel menulis artikel jurnal dari kajian, SLR dan kajian tindakan berbantu templat dan AI yang sering digunakan dalam konteks pendidikan, pengurusan organisasi, pembangunan masyarakat, dan pelbagai bidang lain. Bengkel ini juga menyentuh penggunaan Kecerdasan Buatan (A.I) serta cara mudah menggunakan templat bagi tujuan tersebut. Bengkel ini dianjurkan oleh Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Mesyuarat Pengelolaan Pertandingan RobotikPeringkat Kebangsaan (NRC)

22 Jun 2023| Satu Mesyuarat Pengelolaan Pertandingan RobotikPeringkat Kebangsaan (NRC) Kali Ke-19 telah dilaksanakan hari ini. NRC ini dijangka akan berlangsung pada 4-7 September ini di mana UTHM telah dipilih sebagai lokasi pertandingan.
Mesyuarat pengelolaan kali pertama, yang menggabungkan jawatankuasa di bawah Jabatan Pendidikan Johor dan UTHM ini bagi memperincikan bidang tugas juga tentatif program sepanjang 4 hari. Mesyuarat yang disertai lebih 80 ahli termasuk pegawai-pegawai utama Jabatan Pendidikan Johor seperti Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Penolong-penolong Pengarah, Pengarah KV, Pengetua dan Guru Besar. Pihak SASBADI selaku penganjur bersama juga UTHM selaku rakan stretegik turut hadir.
Pihak UTHM diwakili ketua-ketua PTj atau wakilnya melibatkan Pejabat Pemasaran Komunikasi Korporat, Pusat Pembangunan Perniagaan, Pusan Pembangunan Maya, Pusat Perumahan Pelajar, Hal Ehwal Pelajar, Pusat Kesihatan Universiti, Bahagian Fasiliti dan Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar, I2E, FPTV dan PPD.
Untuk NRC kali ke-19 ini, ICRC akan bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras di pihak UTHM bagi memastikan program berjalan lancar dan mencapai objektifnya.